meminta kuasa
Maksud Hadith: Daripada Abu Musa r.a. (Allah telah meredhainya) katanya:Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salahseorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketuawahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu bagindabersabda: "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yangmemintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya"*1Hadith menjelaskan satu kaedah yamg penting dalam perlantikan jawatankepimpinan atau kuasa iaitu tidak boleh diberikan kuasa atau jawatan kepada yang memintanya atau tamakkannya. Ini kerana jawatan di dalam Islam adalah amanah dan ianya diterima dengan tanggungjawab dan perasan takutkan Allah sedang mereka yang memintanya atau tamkkannya adalah tanda golongan yang merasai besarnya tanggungjawab di hadapan Allah. Maka menjadi tanggungjawabke atas sesiapa yang mempunyai kuasa menentu dan memilih untuk tidakmemilih mereka yang tamakkan kuasa.Al-Qadhi al-Baidawi (meninggal 537H) dalam mensyarahkan persoalanmeminta jawatan kepimpinan: "Tidak sepatutnya bagi yang berakal bergembiradengan suatu kelazatan yang akan diikuti dengan dengan penyesalan". Berkataal-Muhallab (meninggal 435H) pula : Keinginan untuk memperolehikuasa adalah sebab berlaku peperangan di kalangan manusia kerananya sehingga ditumpahkan darah, dicemari harta dan maruah. *
2Justeru itu, Islam menghalang jawatan daripada jatuh ke tangan mereka yangtamakkannya dengan membuat kaedah sesiapa yang meminta maka dia tidak dilantik. Ini dapat menyelamatkan dua perkara bahaya:i. Amanah kepimpinan jatuh ke tangan mereka yang tidak takutkan Allah dan tidak memahami bahawa kepimpinan akan dipersoalkan di akhirat.ii. Berlakunya perebutan kuasa di kalangan ummat yang akhirnya membawa kehancuran.Persoalan kepimpinan di dalam Islam bukan sahaja melibatkan perkarakepakaran tetapi juga membabit persoalan keberkatan dan pertolongan Allahyang bakal turun kepada kepimpinan yang beriman dan bertaqwa. Oleh itudalam hadith yang lain, yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslimbaginda Nabi s.a.w. menasihati sahabatnya `Abd ar-Rahman bin Samurah
Maksudnya:"Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnyajika engkau diberikannya dengan pemintaan maka engkau ditinggalkan (tidakditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu"
*3Kata al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari: "Maksud hadith diatas ialah sesiapa yang meminta jawatan pemimpin lalu diberikan kepadanya maka dia tidak diberikan bantuan disebabkan keinginannya...".katanya lagi:"Sesiapa yang tidak mendapat bantuan daripada Allah terhadap pekerjaannya maka dia tidak akan mempunyai kemampuan melaksanakan pekerjaan tersebut.Oleh itu maka tidak sepatutnya diterima pemintaannya (untuk menjadipemimpin)."
*4Dalam kata lain, sesiapa yang meminta jawatan, maka Allah tidak akan menolongnya jika dia memerintah. Sesiapa yang tidak ditolong Allah tentu dia gagal melaksanakan amanah seperti yang dikehendaki Allah, sama ada yang kecil ataupun yang besar dan dalam apa urusan sekalipun. Orang telahdipastikan dia tidak dibantu Allah adalah nyata kegagalannya dari awal lagi, maka wajar dia dihalang dari diberikan jawatan berkenaan.Namun ini bukanlah bererti mustahil untuk dia melakukan kebaikan dan keadilan pada orang dibawahnya. Ada pemimpin yang kafir tetapi dapatmelakukan kebaikan dan keadilan. Ini adalah hasil daripada usaha dan kesungguhannya bersama dengan keizanan Allah. Namun pertolongan Allah, dengan keberkatan dan rahmatNya tidak akan diperolehi jika seseorangtamakkan kuasa.Di sudut yang lain, mereka yang menuntut jawatan sebenarnya telah meletak keistimewaan atau kelayakan pada sendiri. Ini adalah lambing keegoan,sedangkan Allah telah berfirman di dalam Surah an-Najm ayat 32
Maksudnya:"Jangan kamu menyatakan diri kamu suci"Kata `Abd ar-Rahman Ibn Nasir al-Sa'di dalam tafsirnya: "Ayat bermaksudjangan kamu memberitahu manusia mengenai kesucian (kebaikan) jiwamu keranamencari pujian di sisi mereka".
*5Meminta jawatan adalah suatu bentuk menuntut diiktiraf kelebihan diri dihadapan orang lain. Sedangkan Islam mahu supaya jawatan dipikul oleh mereka yang dibaluti dirinya dengan tanggungjawab, kesedaran dan penuh rendah diri di hadapan Allah dan memahami benar-benar ianya merupakan amanah dan bebanbukan tempat kemegahan.Kata Muhammad `Abd al-Qadir Abu Faris dalam An-Nizam as-Siyasi fi al-Islam:"Secara umumnya meminta menjadi pemimpin adalah dilarang di dalam Islam.Dalil-dalil dari al-Quran dan as-Sunnah yang ada mengukuh hukum haram atausekurang-kurangnya makruhnya perkara tersebut .
*6Oleh itu, para pemimpin yang beriman hendaklah memastikan mereka yangdilantik menguasai apa-apa urusan orang Islam terdiri dari kalangan yang dibantu perlaksanaan kerjanya oleh Allah ke arah kebaikan dunia danakhirat. Hendaklah dielakkan dari melantik mereka yang tidak dibantu Allah.Antara cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. untuk mengenal individu yang tidakdibantu oleh Allah ialah orang meminta jawatan.Kata al-Imam al-Syaukani (meninggal 1255H)
: “Kesimpulan, apabilaseseorang yang meminta jawatan tidak mendapat pertolongan Allah, makaapa-apa jawatan yang dipegangnya akan menjatuhkannya dalam kesusahan dankerugian dunia dan akhirat, maka tidak dihalalkan melantik orang sepertiitu”.
*7Namun begitu jika ada yang ingin memperolehi jawatan di atas dasar mengelakkan umat dari dikuasai golongan yang zalim dan melampaui batasanAllah. Para ulama Islam seperti al-Imam al-Mawardi (meninggal 450H)ÇáãÇæÑÏí di dalam Al-Ahkam as-Sultaniyyah menyebut bahawa adakalanyameminta jawatan memperolehi pahala sekiranya tujuan untuk menegakkankebenaran dan dibimbangi orang yang tidak layak mendapat tempat tersebut
*8Pendapat al-Mawardi ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w. di dalamhadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud : Maksudnya: Sesiapa yang meminta jawatan qadhi muslimin sehingga diamemperolehinya kemudian keadilannya mengatasi kezalimannya maka baginya syurga.
*9Ertinya, asal di dalam sistem siyasah Islam individu dilarang merebut jawatan kepimpinan umat atau memintanya, namun perkara tersebut dikecuali disebabkan darurat atau tuntutan yang amat sangat daripada sesuatu keadaan di mana jika golongan yang soleh tidak mengambilnya maka ianya akan jatuhke tangan golongan mungkar. Justeru itu, tuntutan baru muncul membenarkanjawatan kepimpinan direbut atau diminta. Ini mendorong Nabi Yusuf a.s.meminta jawatan dalam kerajaan Mesir, katany:
(56)Maksudnya:Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir);sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahuicara mentadbirkannya.Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusufmemegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahajayang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kamikehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yangberbuat kebaikan.
*10Kata al-Qurtubi: “Sesungguhnya Yusuf a.s. hanya meminta kuasa setelah diamengetahui bahawa tiada sesiapa yang setanding dengannya, yang dapatmelaksanakan keadilan, islah dan menyampaikan hak-hak fakir miskin. Diamelihat yang demikian itu adalah fardu `ain bagi dirinya, kerana tiadasiapa lagi selain dia. Demikian juga hukumnya pada hari ini.Sekiranyaseseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkankebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seseorang pun yangsesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu `ain ke atas dirinya.Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahusifat-sifatnya yang melayakkan memperolehi jawatan tersebut iaitu ilmunya,kemampuannya dan lain-lain”----------
1* - Riwayat al-Bukhari dan Muslim2* - Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari, 15/22, . Dar al-Fikr, Beirut3* - Riwayat al-Bukhari dan Muslim.Ibid, jilid 15, m.s. 19.4* - Taisir al-Karim ar-Rahman, m.s. 763, Cetakan Muassasah al-Risalah,Beirut.5* - An-Nizam as-Siyasi fi al-Islam, m.s. 190. Ctk. Dar al-Furqan, Jordan6* - Al-Syaukani, Nail al-Autar, 9/159, cetakan Dar al-Jail, Beirut.7* - Al-Mawardi, Al-Ahkam al-Sultaniyyah, m.s. 95, ctk. Dar al-Kutubal-`Ilmiyyah, Beirut8* - Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan.9* - Surah Yusuf 55-5610* - Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan.Surah Yusuf 55-5611* - Al-Qurtubi, Al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 9/216, cetakan Dar al-Fikr,Beirut
// posted by shahidkecil @ 8:47 PM 0 comments
No comments:
Post a Comment